Manhaj wasati bahtera penyelamat
Sudah lama daku tidak menggerakan pena komputer di ruang
blog kerana beberapa factor. Kini ku ingin gerakkan semula penulisan ilmiah dan
santaiku di ruang blog yang baru agar kita semua mendapat manfaat yang
memungkinkan kita maju kehadapan.
Alhamdulillah
bersyukur kepada Allah Taala kerana dibuka pinta untuk istiqamah dengan manhaj
wasati yang tidak cenderung kepada ekstrem atau cenderung kepada kebebasan
mutlak,tetapi ia berdiri di atas landasan ilmu dan manhaj yang diletakkan oleh
ulama-ulama kita yang muktabar.
Dahulunya
,saya meletakkan nama blog saya sebagai “ Pemikiran Sheikh al Qaradawi”.
Sekarang ini saya meletakkan sebagai wasati bagi meluaskan lagi tokoh-tokoh
ulama wasati yang perlu dikenali di dalam arena ilmu dan dakwah selain daripada
imam kita yang dikasihi. Tokoh-tokoh yang lain yang saya jadikan sebagai
rujukan ilmu saya dan pemikiran saya tanpa wujud ta’assub seperti allamah
Sheikh Ali Qarah Daghi,Sheikh Ali Jumaah,Dr Saaduddin Hilali, Sheikh Fadlu Abdullah
Murad,al marhum Sheikh Wahbah al Zuhaili,Sheikh al Buti,Sheikh al
Raisuni,Sheikh Abdullah Bayyah dan banyak lagi yang saya jadikan sebagai tempat rujukan dan tadahan ilmu dan
pemikiran.
Di
dalam menyelusuri jejak ulama ulama umat perlu kita mendalami ilmu-ilmu yang
dipelajari oleh mereka dan menghiasai dengan akhlak mereka. Ini kerana sukar
untuk melakukan perubahan tanpa ilmu dan akhlak. Walaupun saya bukanlah ulama
mahupun untuk hamper dengan mereka tetapi saya ingin menjejaki jalan yang
lurus ,jalan yang telah digariskan oleh
al Quran dan Sunah,kemudian digerakkan ulama-ulama kita ikhlas dan amanah.
Mudah-mudahan
pembukaan blog baru ini akan memberi menfaat dan pelita kepada pembaca samada
tulisan itu berbentuk ilmiah atau santai tetapi mempunyai pengajaran yang baik
kepada pembaca. Saya berdoa kepada Allah Taala agar saya ditetap manhaj
ini,manhaj yang berteraskan ilmu,kasih sayang,perpaduan,toleransi,membina buka
meruntuh dan seterusnya.
May
Allah give me a strength.