Al Marhum Ayahanda Ustaz Fadzil Noor
Hari ini 13 March adalah harijadi ayahku Ustaz Fadzil Noor
yang telah pergi meninggalkan dunia yang hina ini hampir 7 tahun. Masa terlalu
cepat berlalu walaupun merasakan beliau sentiasa hidup disampingku dan ingatanku.
Kalau ikutkan esok usia beliau menjangkau 72 tahun. Entah kenapa aku merasa
sedih dan pilu melihat gambar babaku yang aku gantung di dinding rumahku
sebagai pengubat rinduku terhadap beliau. Beliau adalah insan yang amat hebat
pada pandanganku bahkan pada pandangan ramai orang. Beliau memiliki ilmu yang
tinggi dan ingatan yang kuat. Beliau tekun melakukan apa-apa kerja yang beliau
lakukan khusus politik dan dakwah Islam.
Beliau adalah seorang mujadid gerakan Islam di Malaysia yang
berusaha mengubah minda masyarakat umat Islam tentang kepentingan politik
Islam. Beliau telah berkorban wang ringgit,tenaga, segala-galanya dijalan
Allah. Beliau tidak putus asa dengan masa depan Islam sewaktu orang lain sudah
putus asa dengan masa depan Islam,beliau adalah insan yang dipilih oleh Allah
untuk mengubah rentak dakwah Islam daripada jumud dan melampau kepada sederhana
dan reality.
Sederhana adalah sinonim dengan beliau,beliau ada orang yang
anti terhadap jumud dan melampau,beliau banyak kali tegur aku tatkala aku
bersifat melampau agar bersederhana. Beliau mengajar aku dan ahli keluarga
supaya menghormati masyarakat pelbagai pelapis, beliau adalah guru aku di dalam
pemikiran sederhana.
Pemergian beliau amat menyedihkan aku di mana banyak lagi
ilmu yang aku belum kutip daripadanya. Kalau mengingati saat-saat kematian
beliau amatlah terasa sedih dihati aku kerana ketika itu aku sedang belajar di
al-azhar. 5 bulan sebelum permergian beliau,aku telah bermimpi orang ramai
berduyun-duyun mengangkat jenazahnya. Selepas aku bangun tidur,berdebar hati
aku dengan mimpi tersebut. Tapi aku adalah insan yang tidak mengambil kisah
tentang mimpi kerana kebanyakkan ia adalah permainan tidur. Aku mengikuti
perkembangan beliau melalui panggilan telefon dan membaca berita mengenainya
dirinya di akhbar. Aku bangga dengan ayah aku dengan perjuangan dan dakwahnya.
Apabila aku menerima berita beliau rebah dekat airpot kat
subang pada bulan beberapa bulan sebelum beliau meninggal,hati aku semakin
tidak tenteram.tetapi aku yakin beliau insyallah berumur panjang sebab aku
merancang pulang pada 15 julai seminggu sebelum beliau meninggal. Aku tidak
boleh pulang awal kerana kuliah masih belum habis dan exam belum tamat.
Aku tak sabar untuk pulang ke Malaysia,tiket aku telah beli
sekian lama. Banyak perancangan aku nak buat dengan ayahku. Khususnya belajar
dengan beliau. Beliau juga ingin membawa aku dan mamaku ke Syria pada bulan 8
dan disana aku merancang nak menziarahi ulama bersama beliau kemudian datang
mesir bersama-sama. Tetapi hajat itu tidak kesampaian. Aku pasrah.
Untuk disambungkan cerita,seminggu sebelum aku
pulang,seorang sahabat aku yang belajar diTanta mengalami kemalangan. Dia patah
pinggang. Tak silap aku hari aku pergi ziarah dia hari ahad selepas saja aku
exam pada hari ahad aku pergi ke Tanta. Rupanya pada keesokannya, ayah aku akan
menghadapi pembedahan pintasan jantung. Aku tidak mengetahuinya,beliau ingin
merahsiakannya daripada aku kerana itu aku sedang exam. Begitulah kasih ayah
kepada seorang anak. Beliau berpesan kepada abang aku (Ammar) agar tidak
memberitahu aku tentang pembedahan tersebut. Petang ahad aku bergerak ke
Tanta,selepas menziarahi sahabat aku dihospital. Aku tidur di sana dirumah
kawan aku faizudin. Bila pagi esok aku pergi ke kedai cyber cafe untuk membaca
surat kabar. Ketika aku membaca harakah,terpampang tajuk, Presiden Pas dibedah.
Terkejut aku,tidak ada siapa yang memberitahu tentang pembedahan tersebut.
Tetapi aku merasakan tidak berapa serius sebab keluarga aku tidak memberitahu
aku. Pada waktu petang aku pun pulang ke Kaherah. Kemudian apabila sampai
sahaja di rumah,kawan-kawan aku memberitahu bahwa mereka solat hajat untuk ayah
aku di asrama kedah di adakan memohon agar Allah selamatkannya. Hati aku mula
risau,aku merasakan ia seruis,lalu aku menelefon abangg aku di Malaysia,apabila
aku bertanya dia tentang ayahku, dia mula menangis membuatkan aku bertambah
panic dan bimbang, kemudian dia menceritakan segalanya kepada, aku sangat
sedih,yang menyedihkan lagi apabila abang aku memberitahu baba mengirim salam
kepadaku sebelum pembedahan. Kepulangan aku ke Malaysia masih tinggal 5
hari,hari sabtu, aku tidak tenteram duduk,,hari khamis exam,tidak tahu nak buat
apa,aku tetap membaca buku, tidak tidak begitu focus, ingatan aku melayang
mengingati ayahku.
Maka pada 15 julai,aku pun pulang ke Malaysia dengan
perasaan sedih untuk bertemu dengan babaku di dalam keadaaan sakit. Sampai di
hospital HUKM,aku meletakkan barang dibilik rehat,aku makan bersama keluarga
dan bertanya mereka tentang baba,hati aku berdebar untuk melihat baba,bagaimana
keadaanya. Apabila aku masuk kewad ICU bersama abg ku Aiman,aku berasa amat
sedih dengan keadaan baba yang bernafas dengan bantuan alat oksigen. Tidak
segagah yang aku lihat dipentas. Aku melihat dengan penuh sayu,aku tidak dapat
memeluknya, dia sakit, berada di atas katil. Aku mendengar daripada sahabat
ayahku almarhum ustaz Nikmat Yusuf yang memberitahu kepada ketika aku ketika
menziarahi beliau selepas daripada kematiaan ayahku kerana aku ingin mendengar
cerita-cerita perjuangan mereka diwaktu muda. Ustaz NIkmat berkata,baba pernah
berkata,dia tidak mahu mati di atas katil dia mahu mati dalam perjuangan.
Itulah cita-citanya yang tinggi. Tetapi akhirnya beliau meninggal juga di atas
katil. Tetapi bagi ku,beliau tetap meninggal di dalam perjuangan di jalan Allah
Taala.
Sewaktu beliau meninggal,aku melihat wajahnya tersenyum
ceria,mungkin beliau melihat syurga Allah Taala yang disediakan kepadanya,
Amin. Tetapi itu taqdir Allah Taala, apa yang aku mimpikan pada 5 bulan yang
lepas, ia menjadi satu reality,di mana aku melihat ratusan ribu dan lautan
manusia menziarahi jenazah yang menyembanyangkan jenazah beliau. Ini adalah
satu kemuliaan yang Allah berikan kepada beliau di dunia ini,mudahan di akhirat
beliau diangkat dengan setinggi tinggi darjat oleh Allah Taala.
Ustaz Fadzil Noor telah meninggalkan pemikiran dan
contoh-contohh yang baik untuk diwarisi oleh jenerasi pelapis. Sumbangan beliau
terhadap kebangkitan Islam amatlah besar. Kita mengharapkan jenerasi muda
mengambil faedah daripada khazanah peninggalan almarhum Ustaz fadzil untuk
dijadikan ikutan pada masa akkan datang.
Sesunguhnya Almarhum memiliki kefahaman yang begitu mendalam
di dalam membawa Islam. Beliau amat berhati-hati di dalam membuat kenyataan
mengenai Islam agar tidak diputar belit oleh golongan musuh atau lawannya.
Beliau adalah seorang menitik berat tentang hubungan dengan setiap lapisan,baik
ulama,pemimpin ,rakyat dan sebagainya. Beliau adalah seorang pendengar yang
baik, mampu mendengar kririkan dan teguran orang. Pernah satu ketika, datang
guru-guru pondok di salah sebuah daerah Kedah di mana mereka datang untuk
memberi penjelasan kepada beliau tentang kesilapan beliau di dalam membuat
ulasan beliau terhadap pondok itu. Beliau mendengar dan hanya tersenyum apabila
mendengar rintihan salah seorang daripada mereka. Aku memerhati ayah aku yang
tersenyum dan mengakui dia tersilap maklumat dan dia akan perbetulkan kesilapan
itu. Ya Allah, begitu tinggi akhlak tidak ada sikap marah dan panas baran dari
reaksi beliau tidak seperti sesetengah pimpinan yang cepat melenting dan marah
apabila ditegur.
Satu benda yang perlu dicontohi oleh pencinta-pencinta Islam
ialah akhlak seyum dan bertanya kabar yang selalu kita lihat daripada sikap Al
mahum. Beliau tidak kedekut untuk senyum kepada orang dan tidak sombong dengan
masyarakat. Beliau sering bertanya kabar bila berjumpa orang.
Satu perkara yang unik, kesibukan beliau dalam politik tidak
menghalang beliau menziarahi sanak saudara yang sakit,pemimpin –pemimpin dan
–guru-guru beliau yang uzur atau sudah berhenti daripada politik sebagai
mengenang jasa mereka. Contohnya,kalau beliau pergi ke Pulau Pinang,sekiranya
ada masa,beliau membawa kami menziarahi pimpin beliau yang dikasihi iaitu Al
marhum Tuan Haji Yusuf Rawa. Beliau pergi menziarahi pemimpin tersebut dan
mendengar nasihat-nasihat yang diberikaan kepada beliau, beliau amat
menghormati pemimpin tersebut. Akhlak sebeginilah yang perlu dihiasi oleh
pejuang –pejuang Islam,perlu mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang solih.
Al marhum juga amat menghormati wanita, mendengar rintihan dan pengaduan mereka
jika mereka datang ke rumah. Bertanya tentang suami dan anak-anak. Beliau
pandai megambil hati golongan wanita dengan membiarkan mereka meluahkan
perasaan sebaliknya beliau hanya mengulas sedikit. Wanita bagi beliau perlu
dihormati tidak perlu dimarahi dan ditengking. Bagi beliau,tidak salah bagi
beliau sebagai seorang pemimpin menegur golongn wanita dan memberi salam kepada
golongan wanita sebagai satu akhlak yang tawaduk dan perkara ini bercanggah
dengan syarak dan warak.
Sebenarnya kalau kita ingin menceritakan tentang kehidupan
,ilmu dan perjuangan Al Marhum,ia berhajat kepada buku yang besar untuk
menulisnya. Tetapi keadaan tidak mengizinkan. . mudah-mudahan suatu masa nanti
aku mampu untuk menulis sebuah buku mengenai Al Marhum dari sudut pengenalan
aku mengenai beliau sebagi seorang ayah dan guru. Mudah- mudahan Allah Taala
memudahkan urusan ini.Amin.
Kita berdoa kehadrat Ilahi agar menempatkan beliau ditempat
yang tinggi dan mengampun segala dosa-dosanya. Amin.
Anakanda Yang Merindui Baba.
Fauwaz Fadzil Noor.